Adds

Followers

Search This Blog

i'm just a guy who seek for the true path in my life. sometimes i may fall due to my own mistakes. sometimes i laughed, cried, and also smiled for things that happen around me. but the most important facts ever, i'm happy to be me. =)

said:Here I am. This is my journey. I am a man who has been lost somewhere along life's path,and ready to find myself again..

Monday, October 17, 2011

Dalam Seni Ini....part 2


Kelmarin dia lihat rusuhan maut di Timur Timor, peperangan antara manusia dan syaitan di Gaza.Ramai yang mati. Semalam dia lihat pula bayi kecil di buang di tepi longkang..

Hari ini dia menangis. Dia bertanya, apa sudah jadi dengan dunia sekarang? Tidak cukupkah dengan ruang yang telah Tuhan berikan pada kita di dunia ini..? Ruang untuk kita bernafas, membina kehidupan,bersaudara dan beramal..??

Entahlah, mungkin inilah yang dinamakan kehidupan duniawi.\Yang jahat mesti bertemu dengan yang baik. Malah sudah tercatat di kalam Allah bahawa alam ini akan diisi dengan yang jahat dan baik.
Dia redha..


Di sebuah bilik kecil dia mencurahkan segala jiwanya. Sama adadalam bentuk jahat mahupun baik.

Dilayar putih itu.Bersama dengan berus yang dicalit pelbagai jenis warna. Segala yang tersingkap di mindanya ditafsirkan melalui bakat seni yang dimilikinya - melukis...

Baginya,tiada manusia yang mampu mengambil tempat di layar putih itu. Inilah kerjayanya, inilah cintanya. Inilah jiwanya...Seni lukis.



Dalam seni ini.....
Dia melihat kanak-kanak kecil bermain di taman. Generasi akan datang. Bakal pelopor dunia masa depan. Dunia ciptaan Ilahi yang akan tamat bila hadirnya kiamat. Tapi di ketika ini, inilah mereka....


Dalam seni ini....
Dia melihat remaja berpeleseran di kaki lima. Di tengah kota metropolitan. Dipasar seni. Menonton seniman jalanan menyumbangkan bakat musiknya, bagi mengharapkan sesuap nasi. Cukupkah? Tidakk.... Tidak akan pernah cukup....






Dunia sekarang semakin berkembang, Manusia semakin berintelek. Kita mesti terus bersaing bagi mendapatkan tempat di antara mereka. Tapi bukan dengan cara menjadi mereka, tapi menjadilah diri sendiri. Dengan cara itu sahajalah baru kita mampu berjaya. Dia ingat itu.

No comments:

Post a Comment