Adds

Followers

Search This Blog

i'm just a guy who seek for the true path in my life. sometimes i may fall due to my own mistakes. sometimes i laughed, cried, and also smiled for things that happen around me. but the most important facts ever, i'm happy to be me. =)

said:Here I am. This is my journey. I am a man who has been lost somewhere along life's path,and ready to find myself again..

Tuesday, November 15, 2011

by the river



size A3..medium watercolor..on watercolor paper..
15/11/2011 5.05a.am.

Friday, October 21, 2011

=D




My father..





Beliau pandai possing, Beliau juga pandai mengkritik..
sabor jela...hahaaa..
Ape yng aku mampu cakap...
" wan lum expert lg, tunggu la dah terkenal nanty baru taw sape wan"..hahaaa...

Thursday, October 20, 2011

process



maap bilik sepah..:P bju kjer lama..:P
sowie, xder niat nk promote Mc'D yerr..hahaa..





Monday, October 17, 2011

meaning behind title..


Aku adalah Lukisan..?? kenape lukisan..?? knape aku lukisan..???xdder treadmark laen kew.?? hurm...


Aku Pilih treadmark ni sbnar nyer lukisan ni umpama khidupan... Ia perlu di lukis dan di warnai oleh stiap individu...Kita kdng2 kita brada dlm kegelapan dan kdng2 gak ada cahaya yng menerangi nya...ada pula,khidupanya penuh dengan warna-warni...Namun, hanya kita yang mampu menentukan khidupan kita...kerna setiap manusia adlah pelukis...


Art Statement?
Seni adalah sensitiviti yang halus dan getaran yang kuat, sensitiviti yang kuat saja yang dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh orang lain dan dapat mendengar apa yang tidak didengar oleh orang lain. Sehingga dapat melepasi batas pemikiran biasa. Seni adalah kurniaan. seni adalah modal insan.

Dalam Seni Ini.. Part 3


Dulu dia ramai kawan.Bertemu dan berpisah.Tapi tidak semua yang datang mampu kekal sebagai sahabatnya. Dia begitu memilih.

Baginya tiada guna menyimpan api dalam sekam.

Hidup mesti di teruskan.

Apa gunanya menyimpan beban kalau tidak ada hasilnya..

Hidup mesti di teruskan..

Sebelum membetulkan orang lain, betulkan diri sendiri.

Lagipun manusia sekarang semakin ramai yang membawa sebungkus munafik bersama mereka.Tujuannya untuk mendapatkan ruang kemewahan.


SAYAP PELANGI
" Aku lihat mereka berkhutbah daripada buku haloba,dengan janji-janji semarak dan bagaimana kita akan berjaya, aku meragui tetapi mereka di abaikan. Dari jauh malaikat menangis, malah betapa jauhnya malaikat menyanyi. Jangan kau dagangkan jiwamu dengan sekantung munafik."
{Eagle-eye Cherry}

Inilah terjemahan bibit lirik lagu kegemaranya. Mengajar manusia supaya berhati-hati dengan manusia lain. Hindarilah mereka yang mencari kita ketika senang, melupakan kita ketika kita susah..

Akhirnya dia lebih rela sendiri dari menempuh kepelbagaian yang merunsingkan.Melayan hanya bila teringin. Menganggu bila ingin di ganggu.Membantu apabila ada yang memerlukan bantuan.

Hidupnya di habiskan di depan kanvas mencalitkan warna.......

Dalam Seni Ini....part 2


Kelmarin dia lihat rusuhan maut di Timur Timor, peperangan antara manusia dan syaitan di Gaza.Ramai yang mati. Semalam dia lihat pula bayi kecil di buang di tepi longkang..

Hari ini dia menangis. Dia bertanya, apa sudah jadi dengan dunia sekarang? Tidak cukupkah dengan ruang yang telah Tuhan berikan pada kita di dunia ini..? Ruang untuk kita bernafas, membina kehidupan,bersaudara dan beramal..??

Entahlah, mungkin inilah yang dinamakan kehidupan duniawi.\Yang jahat mesti bertemu dengan yang baik. Malah sudah tercatat di kalam Allah bahawa alam ini akan diisi dengan yang jahat dan baik.
Dia redha..


Di sebuah bilik kecil dia mencurahkan segala jiwanya. Sama adadalam bentuk jahat mahupun baik.

Dilayar putih itu.Bersama dengan berus yang dicalit pelbagai jenis warna. Segala yang tersingkap di mindanya ditafsirkan melalui bakat seni yang dimilikinya - melukis...

Baginya,tiada manusia yang mampu mengambil tempat di layar putih itu. Inilah kerjayanya, inilah cintanya. Inilah jiwanya...Seni lukis.



Dalam seni ini.....
Dia melihat kanak-kanak kecil bermain di taman. Generasi akan datang. Bakal pelopor dunia masa depan. Dunia ciptaan Ilahi yang akan tamat bila hadirnya kiamat. Tapi di ketika ini, inilah mereka....


Dalam seni ini....
Dia melihat remaja berpeleseran di kaki lima. Di tengah kota metropolitan. Dipasar seni. Menonton seniman jalanan menyumbangkan bakat musiknya, bagi mengharapkan sesuap nasi. Cukupkah? Tidakk.... Tidak akan pernah cukup....






Dunia sekarang semakin berkembang, Manusia semakin berintelek. Kita mesti terus bersaing bagi mendapatkan tempat di antara mereka. Tapi bukan dengan cara menjadi mereka, tapi menjadilah diri sendiri. Dengan cara itu sahajalah baru kita mampu berjaya. Dia ingat itu.